Pertama Terabur
Duwa hari menjelang UPSR
Mengajak anak-anak didik ke sekolah
agar mereka boleh jauh dari bantal busuk
agar mereka tidak dapat pegang remote control astro
agar mereka dapat mengguna pakai tiga beban kertas soklan yang telah diphotostat
agar mereka dikurniakan pahala bagi setiap derap langkah kaki ke kantin sekolah
(sebab kebanyakan bilik darjah dah dikunci dan disusun untuk UPSR)maka
selepas duwa jam bersimpul urat2 otak
kami pun makan koi ghaya
ada yang chekgu bawak
ada yang anak murid bawak
ada yang anak murid bawak nak bagi chekgu
tapi anak murid makan balik!!!!lalu
berteraburanlah nasi goreng haziq
di atas meja
di atas lantai
di bawah kerusi
walaupun nasi goreng tidak berkakilalu berteraburanlah koi ghaya depan mata chekgu
atas pencil box chekgu
di celah-celah kertas soklan chekguarakian
burung gagak yang lapar pun sampai
kucing yang bunting ntah berapa kali pun singgah
kata mereka (gagak dan kucing)
REZEKI JANGAN DITOLAK CHEKGU…..
Kedua Terabur
Waktu Zohor 12.59pm
Waktu pagar di ting tong pun 12.59pm
Lalu chekgu terasa
ingin berdiri di pagar
ingin mengajar pendidikan sivik dan agama Islam
(kurikulum merentasi mata pelajaran)
ingin menulis tanpa kapur
BALIK SOLAT SAYANG
Ketiga Terabur
Juga di Waktu Zohor
Juga waktu pagar di ting tong
Bunyi motor di depan pagar
Oh! bukan Pizza Hut yang diorder
sebab koi ghaya masih banyak
Kami pun baru makan pancake cecah coklat n honey
Kami makan pulak nasi panas dengan ikan temenung masak sambal
Yakin pasti, bukan Pizza Hut“Ibu, anak murid Ibu tahun lepas datang”
D-i-a
d-a-t-a-n-g
d-e-n-g-an
m-a-k-w-eImran mengulas ala-ala reporter Metro
Nak beraya dengan chekgu
Nak minta mahap dengan chekgu
Nak duwet ghaya chekgu!!!!Baliklah sayang
Anak dara sape yang ko hangkut nih?
Ko takde salah dengan chekgu
Tak perlu minta mahap
Baliklah solat dan
Mohonlah ampun dari Allah s.w.t.
PERINGATAN IKHLAS DARI SAYA:
Tolonglah ambil peduli wahai ibu bapa,
ke mana anak-anak kita
dengan siapa anak-anak kita berada
apa yang anak-anak kita sedang kerjakan
2 Comments
Comments RSS TrackBack Identifier URI

abang
amjad
blek
boyam
cakewalkbu3
en bill
fp skbp
k.shah
kenitra
malaSZ
najib
nine
perque
sifu
syahid
tun M
ushar
i loikeeeee laaa kak najdah!!!
dugaan datang dalam pelbagai bentuk dan kenderaan!!!!!